Sudu ni alat paling basic sekali...sinonim dalam dunia masakan dan kulinari...kira wajib ada di setiap rumah...even kat kampung pun orang melayu guna sudu..kalau tak guna untuk makan nasi goreng pun, sudu ni wajib digunakan untuk kaut lauk pauk dan juadah...
Info yang aku baca, sudu ni ada 3 kategori dan banyak pattern dan fungsinya.
Untuk reseach kali ni, aku nk cuba pergi lebih detail untuk 2 kategori utama dulu... just untuk yang ada kait dengan dapur kitalah dan mungkin BAKAL ada dalam dapur kita selepas ni....
Sudu.lazimnya diperbuat dari stainless steel...ada dari perak,emas,aluminium, plastik dan terkini ada juga dari bahan tahan panas seperti silikon....Di Malaysia ni orang selalu guna yang stainless steel punya...tapi itu yang asas punya...Sekarang ni,aku cuba pergi pada yang detail seperti di bawah ..hasil research yang aku buat memang agak teruja juga sebab aku sendiripun tak tau rupanya sudu ni banyak jenis rupanya kat dunia ni...u all pun bolehlah tengok- tengok kalau ada kat rumah jenis-jenis sudu camni...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI EATING UTENSILS (PERKAKAS MAKANAN)
1) BOUILLON SPOON (BROTH SPOON)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) CAVIAR SPOON
-Caviar ni kita kenali dalam dunia masakan sebagai telur ikan lah...pernah makan sushi tak?ada yang macam biji2 bulat2 kecil warna oren macam gambar kat atas tu caviarlah...biasanya telur ikan salmon yang selalu topping atas tu...tapi caviar spoon kat sini bukan yang tu...mungkin namanya diambil sebab gunanya untuk mengaut telur ikan tu rasanya...
Dari info yang aku dapat ni...sudu caviar atau Caviar Spoon ni adalah satu-satunya sudu yang tak diperbuat daripada besi...tapi biasanya diperbuat daripada mother of pearl (rujuk google kalau nak tahu...mother of pearl ni bahagian dalam mutiara yang paling keras...) ia juga boleh diperbuat daripada emas, tanduk haiwan atau paling biasa sekali daripada kayu...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) CHINESE SPOON
- U all mesti familiar bebenor dengan sudu jenis ini kan tapi tak tahu namanya ..hehe.. biasa digunakan di gerai-gerai makan kat Malaysia. Ada guna untuk makan tom yam...ABC..ais kacang, cendol...yes nama rasminya adalah Chinese Spoon atau SUDU CINA...seperti namanya juga, ianya digunakan dalam masakan cina...diperbuat daripada porcelan dan seramik...tapi ada juga yang diperbuat daripada besi...yang besi kita selalu jumpa di kantin-kantin sekolah lah...anak-anak kita makan mee rebus kat sana....tapi kegunaan utamanya adalah untuk masakan berasaskan sup.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) 3) COFFEE SPOON/ TEA SPOONS
- saiz lebih kecil dari sudu teh. Guna khas untuk membancuh dan menyukat serbuk kopi...pakai sukatan dari sudu ni orang kata lagi sedap kopinya dari guna sudu teh biasa...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) CUTTY/CADDY SPOON
-Cutty ni aku rasanya sama dengan CADDY SPOON rasanya...sebab aku tak dapat info tentang ni...tapi kalau CADDY SPOON seperti gambar kat atas tu lah...cutty ada caddy ni lebih kurang maksudnya pendek...atau sudu pendek...pemegangnya pendek tapi kepalanya luas dan besar...
Zaman eropah lama dulu...caddy spoon ni digunakan untuk menyukat serbuk teh....masa tu teh ini adalah minuman orang bangsawan dan kaya raya...tak tahulah sekarang masih digunakan secara meluas tapi rasanya dah bertukar jadi barang koleksi klasik rasanya...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5) DEMITASSE SPOON
- sudu jenis ini lebih kurang sama dengan fungsi coffee spoon...tapi biasanya sudu ini combine sekali dengan demitasse...demitasse ni adalah cawan kopi ..tapi saiz cawannya lebih kecil iaitu separuh daripada cawan kopi biasa..
.....kita akan jumpa sudu jenis ini dalam minuman kopi Turki atau Expresso...aku rasa cawan kopi jenis ini adalah antara cawan kopi kategori paling kecil dalam kategori kesemua cawan kopi ....mungkin di dunia kot...
Baru aku teringat zaman muda2 dulu aku dan member pernah masuk satu kampung ni untuk lihat latihan silat..tok guru silat ni pernah jamu kopi dalam cawan kecil ni...dan aku rasa ini satu2nya kopi yang paling sedap pernah dibancuhkan untuk aku dan tak dapat cari rasa tu di mana-mana lagi dah...aku ingat orang tua tu kedekut sebab hidang cawan kecikkkk jer..rupanya memang ada hidangan camni..FROM TURKISH rupanya...aisey...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6) DESSERT SPOON
- Dessert Spoon ni dicipta khas untuk hidangan pencuci mulut...dan berbeza dengan demitasse spoon yang diletak dalam cawan expresso, dessert spoon ni biasa orang letak atas pinggan hidangan yang kosong dulu...gunanya kadang tu untuk sup dan kadang tu untuk hidangan cereal juga...bezanya dengan sudu teh, dessert spoon ni lebih kecil, so kalau yang pernah pergi hotel dan ternampak sudu kecil ni atas pinggan u all...ha itulah dessert spoon...jangan buat bancuh kopi pulak...
Dalam unit sukatan kulinari.... dessert spoon ni dinyatakan dalam dstspn...satu sudu bersamaan 2 sudu teh...atau 10ml... (1 dstspn = 2 tbspn)
Mungkin ada betulnya...beza sudu jenis ni dengan coffee spoon adalah....coffee spoon tak ada unit penyukat tertentu..manakala dessert spoon ni ada...tapi nak bezakannya adalah ia lebih kecil dari sudu teh lah...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7) EGG SPOON (SUDU TELUR)
- Seperti namanya....EGG SPOON ni dicipta khas untuk makan hidangan telur rebus sahaja..Beza antara eggspoon dan sudu teh adalah UKURAN PANJANG PEMEGANG, iaitu eggpoon tempat pemegangnya lebih pendek dari sudu teh..Catty spoon pun pendek tapi kepala sudunya lebih besar dari eggspoon walaupun pemegangnya pendek juga...itu cara nak beza...eggspoon mempunyai kepala yang agak bulat sebab nak bagi mudah kita nak kopek telur dari kulit...sudu teh susah nak buat sebab hujung sudu teh agak terlalu bujur dan tak rounded macam ni...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8) GRAPEFRUIT SPOON (ATAU ORANGE SPOON)
- Kalau u all perhati betul-betul, sudu jenis ni ada gigi di kepalanya....fungsi? ...untuk kupas buah lah...orang western guna untuk kupas buah sitrus dari membrane.atau isi buah anggur..boleh juga untuk kupas buah limau....kalau kat utara ni ada masa kita guna untuk kupas isi mempelam harumanis dari kulitnya...slurp....saiznya dan bentuknya sama macam teaspoon tapi bezanya yang ni ada "gigi"...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9) HORN SPOON
- Sudu ni antara sudu yang unik dan menarik....dan ada bentuk seakan senduk kecil..dan ada macam caviar spoon juga...tapi identiti sudu jenis ini adalah diperbuat daripada tanduk haiwan lah..sesuai dengan namanya...lazimnya tanduk lembu yang digunakan untuk hasilkan sudu ni
..nak cerita sejarah ringkasnya...sudu ni popular sebelum tibanya zaman evolusi perindustrian besi di eropah.... dan banyak pengeluarannya sebab zaman tu banyak longgokkan bahan (tanduk lembu)boleh didapati di mana2..so orang bergantung pada tanduk lembu untuk buat sudu...zaman sekarang ni jarang ada dah rasanya...sudu jenis ni sekarang banyak jadi hiasan rumah saja...dah tak banyak orang guna sebab sudu besi biasa mudah dihasilkan dengan mesin daripada sudu yang kena lalui proses ukiran tangan camni. ..fungsi sudu ni adalah multi purpose...dan sudah tentu takkan karat sampai bila-bila...hehe
------------------------------------------------------------------------------------------------------------10) ICE CREAM FORK @ SPORK
- kegunaan khas untuk ice cream sahaja....ice creamfork ni gabungan antara sudu dan garpu.....bentuk tajam kat hujung tu memudahkan kita ni cucukkkkk pada permukaan ais krim yang keras.dan bentuk melengkung tu untuk mengaut aiskrim..kalau guna sudu untuk biasa kita biasanya susah nak cucuk nak penetrate dalam ais krim tgh beku kan?...mampu kikis guna bahagian tepi kepala sudu je kan? so..nila fungsinya...beza dengan grape spoon adalah sudu jenis ni lebih tajam dan panjang di hujungnya...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------11) ICE TEASPOON
- biasanya di dining room atau tempat2 makan yang ekslusif atau kedai makan yang sajikan western food...mereka hidangkan minuman seperti float, jus buahan seperti laici dalam cawan yang agak tinggi...so sebab tu pemegang dia agak panjang..untuk memudahkan mengacau minuman tersebut...sudu teh biasa kan pendek...kalu pakai nanti jari kita tenggelam dalam gelas pulak...sesuai untuk membancuh minuman dalam jag air yang besar juga...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12) MARROW SPOON
- Anda penggemar sum sum tulang? Jangan risau kerana ada cara mudah untuk mendapatkannya..hehe...MARROW SPOON hanya satu sahaja kegunaannya, iaitu untuk dapatkan tulang sum sum yang terdapat dalam tulang daging ataupun daging yang dipanggang..biasanya hidangan masakan sup tulang seperti tulang belakang lembu...so untuk ambil sum sumnya gunakan sudu jenis ni paling mudah...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13) MELON SPOON
- Sudu khas untuk makan buah tembikai. Kebanyakkannya diperbuat dari silver..Saiznya lebih kurang sama macam teaspoon tapi hujungnya runcing sedikit untuk bagi senang nak penetrare isi tembikai...Sudu jenis ini tak ada dalam unit sukatan kulinari. sebab kebanyakkannya custom made dan kerap jadi bahan perhiasan berbanding penggunaannya...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14) PARFAIT SPOON
- Kepala sudu ni sama saiz dengan teaspoon, dengan pemegangnya yang panjang macam ice teaspoon. Parfait ini bahasa perancis..kalau diterjemah dalam bahasa inggeris maksudnya perfect (Sempurna)..rasanya ini sudu ice teaspoon versi Perancis...gunanya untuk makan dessert yang sejuk dan beku dalam gelas panjang..Berbanding iceteaspoon yang kita gunakan untuk minuman, parfeit spoon ni untuk makan pula...
Di perancis..Bahan asas untuk buat parfeit ni adalah terdiri daripada gula,telur,sirap dan krim.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------15) PLASTIC SPOON
- Ini rasanya tak perlu explain sangat lah..sudu plastik...selalu orang bagi bersama bungkusan makanan...murah, pakaibuang, ada macam2 warna dan pelbagai guna...standard sudu ni besar teaspoon pun ada table spoon pun ada...rupa seperti chinese spoon pun ada. Kedai fast food macam KFC kerap pakai sudu ni untuk makan mash potatoe..macam tu juga di pasar2 malam disertakan bersama bungkusan makanan.
Sudu plastik yang very low kualiti agak bahaya juga, bibir aku pernah terpotong bila pakai sudu jenis ni masa menyantap mee goreng bungkus sebab keliling kepala sudu tu tajam sebab dipotong oleh mesin kilang dan tak dikikis...yang high kualiti cam gambar kat atas ni oklah...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16) RATTAIL SPOON (RAT TAIL)
-Macam sudu biasa juga kecuali belakang kepala sudu tu ada macam satu "tulang belakang" atau dipanggil semacam rupa "ekor tikus" untuk support sudu tu agar lebik tahan lasak dan kuat..Rekaan sudu ni dibuat sejak dari abad ke 17 lagi..
Sudu pelbagai guna ni datang dalam bentuk sudu teh atau sudu besar...kalau sesiapa nak buka tin milo atau apa2 jenis tin yang penutup ketat bolehlah pakai sudu jenis ni sebab tak senang bengkok..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17) SALT SPOON
-Seperti namanya, sudu garam ni didatangkan sekali dengan bekas garam ..dan set ini diletakkan diatas meja makan untuk hidangan rasmi....Penggunaan sudu ni popular sekitar awal 30'an dulu...tapi sekarang jarang guna lagi sebab zaman moden ni orang dah lebih senang gunakan salt shaker untuk seasoning makanan masing-masing...sudu ni dah masuk kategori barang antik
Panjang antara 5-7 cm...ukur lilit kepala sudu adalah 1,25 hingga 2 cm
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18) SAUCIER SPOON
-Saucier spoon ...saucier ni perkataan perancis...melayunyer sudu sos perancis....dan dicipta di Perancis sekitar tahun 50'an...
Saiz dan rupa sama seperti dessert spoon...tapi bezanya ada satu di belah tepi kepala sudu tu macam ada corong untuk tuang kuah ke hidangan. Biasa kan kalau kita ceduk dan tuang kuah guna sudu biasa ke hidangan macam tak berapa best jekan...comot je hiasan...so guna sudu ni untuk buat hiasan yang berasaskan kuah untuk lebih detail dan cantik...tak ler meleleh teruk sangat...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19) SOUP SPOON
- Sudu sup...ini biasa kita guna masa makan kt hotel-hotel di malaysia atau hidangan berasaskan sup....versi cina adalah chinese spoon..yang wester punya camni pula. Guna untuk hirup hidangan sup lah..biasanya western sup macam chicken soup, mushroom soup...cream soup....jenis sup western yang pekat pekat tu....:-)
saiz sudu ni biasanya lagi kecil dari table spoon, tapi kepalanya bulat dan ruangan yang lebih dalam untuk tampung kuah sup....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
20) TEASPOON/CUTLERY
- Sudu teh...ini kalau siapa tak kenal ni sure tak pernah minum teh...sudu jenis ni boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ni ada....sebab selain daripada gunanya untuk membancuh teh atau minuman panas dan sebagainya..., teaspoon jenis ini seperti Measuring Teaspoon turut digunakan sebagai unit sukatan dalam dunia kulinari juga...so item ni wajib ada di setiap rumah....
Unit sukatan yang digunakan du US adalah t,ts,tsp atau tspn....lazimnya, 1 sudu teh (1tsp) bersamaan 4.93 ml.... (ml ni maksudnya mililiter air lah) berat setiap 1 sudu besi yang kosong biasanya 25 gram sahaja.
Kalau u all nak buat maggie, biasanya kita guna 400 ml air untuk 1 bungkus maggie......cuba bayangkan berapa kali kena guna sudu teh ni...ini kalau super duper rajin nak buang masa..silakanlah guna sudu ni untuk sukat air maggie...hehe...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21) TABLE SPOON
Tablespoon ataupun orang melayu panggil "SUDU BESAR" biasanya guna bersama garfu..fungsinya sama..untuk menyudu makanan, masakan dan lain2 yang ada kaitanlah ....begitu juga untuk menyukat...namapun sudu besar, semestinya saiznya lebih besar dan tinggi kandungan kapasitinya ...sudu besar ni tak banyak jenisnya...sebab tablespoon ni multipurpose..,boleh guna untuk apa jenis kegunaan di dapur...even arwah mama dulupun guna sudu ni untuk goreng nasi...segan basuh senduk....hehehe
Untuk perbandingan mudah, 1 SUDU BESAR BERSAMAAN DENGAN 3 SUDU KECIL/SUDU TEH.
Di UK unit sukatan adalah tbsp ....1 tablespoon (1 tbsp) bersamaan = 7ml ke 14 ml......sementara kawasan seperti di US, Korea Selatan, Jepun 1 tbsp = 15 ml....so di Malaysia ni kita gunakan 15 ml lah...barang siapa yang rajin buka youtube video masakan tu..tengoklah video tu dari negara mana dulu yer...benda ni memang simple dan small matter..tapi untuk yang mencari perfection dalam masakan terutama yang suka masak kek, biskut, atau benda2 bakery ni , measurement ni wajib tahu...
Seperti Measuring Teaspoon jugak, sudu jenis ni pun ada jenis Measuring Tablespoon....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-GABUNGAN 2 ATAU 3 DALAM 1......contoh :
A- SPORK = SUDU + GARFU
B- SPORF = SUDU + GARFU + PISAU
C- SPIFE = SUDU + PISAU
D- SPLAYD = SUDU + GARFU (SPORK VERSI AUSTRALIA)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
23) STROON
- Gabungan antara straw dan sudu...kalau u all familiar dengan minuman COOLBLOG dan SLURPEE DI 7 ELEVEN....mesti tau sudu jenis ni...sudu camni jarang jumpa yang jenis stainless steel...kebanyakkan diperbuat daripada plastik...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI COOKING AND SERVING UTENSIL
1) ABSINTHE SPOON
-Sejenis sudu yang berlubang di permukaaan kepalanya.... digunakan untuk melarutkan kiub gula dalam absinthe, iaitu sejenis minuman beralkohol yang rasa agak pahit (ikut info).... biasanya untuk memaniskan minuman tersebut. Kepala sudu biasanya rata, kat tengah batang sudu tu ada macam bentuk khas untuk memudahkan sudu diletakkan di atas permukaan gelas.
Selalunya kita tau campak kiub gula dalam minuman dan kacau....tapi yang ni aku rasa dia letak kiub gula tu atas sudu..pastu tuangkan air minuman atas kiub gula dan biar air melalui atasnya...Siapa nk cuba praktikkan cara ni atas minuman cam teh atau kopi pun bolehlah untuk orang yang tak mahu minuman terlalu manis ke dsb...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) BAR SPOON
Sejenis sudu yang panjang digunakan untuk proses mencampurkan 2 jenis minuman beralkohol dan tanpa alkohol... Tangkalnya sangat panjang sebab untuk memastikan bahawa ia boleh mencapai sedalam yang mungkin untuk minuman yang dicampur di dalam jag kaca yang panjang...
Satu sudu boleh menampung kapasiti air sebanyak 5 ml (sama seperti sudu konvensional). Sama macam ice teaspoon tapi lebih dekorasi dan bercorak menarik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) BERRY SPOON
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) BONBON SPOON
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5) CHEESE SCOOP
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6)CHUTNEY SPOON
Chutney ni sejenis perasa dari masakan India yang biasanya mengandungi campuran rempah, sayur-sayuran, atau buah-buahan. Terdapat banyak jenis chutney sama ada basah atau kering, daripada tekstur yang kasar kepada yang halus. . Jadi sudu ni spesifik untuk menceduk rempah tersebut ...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7) JELLY SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8) LADLE
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9) MOTE SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10) MUSTARD SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11) OLIVE SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12) SERVING SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13) SLOTTED SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14) STIRRER
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15) SUGAR TONGS
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16) SUGAR SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17) TEA INFUSER
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18)WOODEN SPOON
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Info yang sgt best.. Baru saya tau sudu pun ade mcam2 jenis..
ReplyDeleteInfo yang sgt best.. Baru saya tau sudu pun ade mcam2 jenis..
ReplyDelete